Pusat servis

Hampir kebanyakkan daripada kita mempunyai kenderaan sendiri. Bagi yang memiliki kenderaan, pastilah pusat servis kenderaan akan menjadi salah satu tempat yang wajib kita kunjungi bersama kenderaan kita.

Karisma 125cc merupakan motor pertama saya yang telah dibeli sewaktu belajar di universiti dulu, kira-kira 8 tahun lalu. Motor tersebut tidak pernah meragam sehinggalah baru-baru ini sewaktu hendak ke pejabat, motor tersebut didapati ‘semput’ dan mati secara tiba-tiba yang hampir-hampir menyebabkan saya terlewat ke pejabat.

Apakah sebabnya? Saya pun kurang pasti. Nak kata tak jaga, setiap 2000km saya akan tukar minyak hitam. Mungkin kerana dah terlalu tua agaknya. Lalu pada hujung minggunya, saya telah membawa motor ini ke bengkel. Pomen di bengkel telah membaiki apa yang patut. Saya lega. Motor pun nampaknya macam dah ok.

Namun selepas 4 hari, motor saya ‘semput’ semula. Throtle x blh dipulas banyak. Apa sudah jadi ni?

Begitu jugalah badan kita ni. Badan ini hanyalah sekadar ‘vehicle’ bagi roh kita. Sudah tentulah badan ini perlukan kepada ‘maintenance’ seperti mana ‘maintenance’ yang kita buat pada kenderaan kita. Semakin tua badan, semakin banyaklah maintenance yang perlu kita buat. Bukan sahaja setakat maintenance jasmani, tetapi juga yang lebih penting adalah maintenance rohani kita.

Selamat men’servis’ rohani dan jasmani anda!

About kedai buku online
Menjual buku-buku agama, buku-buku motivasi dan juga novel berunsurkan Islam bagi tujuan 'Sampaikan dariku olehmu walau sepotong ayat'

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: