Kad Kredit Islam…sambungan (Siri 2-perbezaan)

Pada siri 1, kita telah membincangkan berkenaan pengenalan kepada kad kredit Islam serta beberapa kontrak Syariah yang digunakan di dalam menstruktur produk ini.

Dalam siri 2 ini, kita akan mengetengahkan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pengguna khususnya orang Islam tentang perbezaan di antara kad kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam (slps ini baca kad kredit Islam) dan kad kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan konvensional (slps ini baca kad kredit).

Rata-rata, ramai yang masih tidak tahu berkaitan perbezaan kedua-dua produk yang ditawarkan. Bahkan tidak kurang juga masih ramai yang menganggap kedua-duanya sama dan tidak mempunyai perbezaan. Apa yang mereka pasti, kegunaan kedua-dua produk yang ditawarkan ini mempunyai fungsi dan kegunaan yang sama.

Hal ini adalah disebabkan oleh dua faktor sahaja iaitu kejahilan pengguna dan kelalaian kakitangan institusi perbankan Islam untuk menerangkan berkaitan perkara ini.

Kita tinggalkan faktor di atas dan terus kepada perbezaan kedua-dua produk di atas.

1) Kad kredit Islam bebas dari unsur riba

Perkara ini adalah perkara utama yang menyebabkan perbezaan di antara kad kredit Islam dan kad kredit konvensional. Malah, ianya adalah sebab yang paling besar mengapa perlunya wujud institusi perbankan Islam. Institusi perbankan Islam bukan sahaja bermatlamatkan mengaut keuntungan semata-mata, tetapi perlu memastikan bahawa sumber keuntungan tersebut bebas daripada unsur-unsur larangan dalam muamalat Islam seperti riba dan lain-lain lagi.

Bagaimana kad kredit Islam bebas dari unsur riba?

Kad kredit Islam bebas dari unsur riba kerana ianya distruktur dengan menggunakan kontrak-kontrak yang dibenarkan syara’ serta mempunyai terma-terma yang juga patuh syariah. Sebagai contoh kontrak yang digunakan ialah kontrak jual beli, kontrak upah dan lain-lain. Manakala kad kredit konvensional pula menggunakan kontrak Qard (pinjam) tetapi tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Islam berkaitan kontrak Qard. Di dalam Islam, syarat yang telah ditetapkan di dalam kontrak Qard ialah berapa banyak yang dipinjam, banyak itu sahajalah yang akan dibayar semula. Sebarang lebihan (yang dinyatakan di awal kontrak Qard) pada jumlah bayaran balik pinjaman adalah dikira sebagai riba.

Berbeza dengan kad kredit Islam yang menggunakan kontrak jual beli, lebihan bayaran adalah disebabkan oleh keuntungan yang ditetapkan di dalam kontrak jual beli tersebut. Riba juga boleh berlaku dalam jual beli sekiranya berlaku pertambahan bayaran terhadap jumlah harga jualan yang telah dikontrakkan.

Memang seolah-olah kedua-duanya kelihatan sama kerana end-result kedua-dua produk masih akan menghasilkan jumlah bayaran yang lebih dari amaun yang digunakan pelanggan, tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza. Inilah yang telah dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran bilamana orang-orang Yahudi menyatakan bahawa jual beli dan riba adalah sama. Tetapi Allah membalas pernyataan mereka ini yang bermaksud “Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.

Banyak contoh lain yang boleh diberikan di sini berkaitan perkara ini. Seperti juga perbuatan zina dan hubungan kelamin antara pasangan yang sudah berkahwin (secara sah mengikut Islam), makan daging ayam yang disembelih dan daging ayam yang tidak disembelih dan lain-lain contoh. Secara mata kasarnya, perkara yang dilakukan dan natijahnya adalah sama. Tetapi ia sebenarnya adalah berbeza. Beginilah cara Islam mendidik dan menjaga manusia selaras dengan maqasid (objektif) Syariah itu sendiri; iaitu untuk menjaga agama, menjaga diri, menjaga aqal, menjaga keturunan dan menjaga harta.

….bersambung lagi (untuk beberapa perbezaan yang lain)

About kedai buku online
Menjual buku-buku agama, buku-buku motivasi dan juga novel berunsurkan Islam bagi tujuan 'Sampaikan dariku olehmu walau sepotong ayat'

One Response to Kad Kredit Islam…sambungan (Siri 2-perbezaan)

  1. Pingback: Kad Kredit Islam…Satu Pengenalan (Siri 1) « Azharirafidah's Blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: