Semut oh semut!

Banyak betul semut di rumah saya. Entah berapa kali agaknya nak kena sembur aerosol semut-semut ni. Sembur-sembur, datang semula.

Bila memerhatikan semut ni, kita boleh lihat sifat kerjasama sesama mereka sangatlah kuat. Masakan tidak, jangan ada makanan yang terbiar sahaja, memang semut akan datang mengerumi dalam sekilip mata. Ini juga tanda bahawa komunikasi sesama mereka sangat baik.

Sungguh hebat semut ni. Mana tidaknya, sehinggakan Allah letak ‘semut’ sbg salah satu nama dalam Al-quran.

Manusia skrg x seperti semut sifatnya. Kebanyakannya hidup nak lepaskam diri sendiri sahaja.

Manusia oh manusia!

Kelebihan dan keistimewaan Perbankan Islam – bahagian

Pengalaman mengendalikan Siri-Siri program latihan aplikasi Syariah dalam Perbankan Islam sering ditanya dengan kelebihan dan keistimewaan perbankan Islam.

Kelebihan dan keistimewaan ini boleh juga kita sebut sebagai perbezaan di antara perbankan Islam berbanding perbankan konvensional.

Perbankan Islam yang dimaksudkan di sini adalah daripada jenis full-fledge, subsidiaries dan juga Islamic windows.

Apa yang saya bincangkan di sini adalah daripada perspektif teori sahaja, dan tidak melibatkan perspektif aplikasi yang sebenar yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam yang ada ketika ini. Hal ini adalah kerana beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi oleh institusi perbankan Islam pada waktu ini.

Kelebihan-kelebihan tersebut adalah seperti berikut:-

1) Aspek keadilan.

Perbankan Islam berteraskan kepada aspek keadilan. Sebagai contoh yang paling mudah ialah di dalam produk-produk yang distruktur menggunakan kontrak al-mudarabah; baik produk deposit mahu pun produk pembiayaan. Kontrak al-mudarabah adalah kontrak perkongsian di mana pemodal akan menyumbang modal manakala pengusaha akan menyumbangkan tenaga dan kepakarannya.

Keuntungan daripada pelaburan yang dijalankan akan dikongsi di antara pemodal dan pelabur berdasarkan nisbah perkongsian yang dipersetujui. Sekiranya berlaku kerugian, ianya akan ditanggung oleh pemodal, manakala pengusaha akan menanggung kerugian atas usaha dan tenaganya.

Maka sekiranya keuntungan daripada pelaburan adalah tinggi, maka keseluruhan keuntungan tersebut akan sama-sama dirasai oleh kedua-dua pihak berdasarkan nisbah perkongsian yang dipersetujui. Begitu juga jika sedikit untungnya, maka sedikitlah untung yang akan diperolehi.

Berbeza dengan perbankan konvensional di mana pihak Bank telah awal-awal memaklumkan % tertentu yang akan dibayar kepada pelanggan yang mendepositkan wang dengannya. Situasi ini dalam kedua-dua keadaan sama ada rugi mahu pun untung akan menyebabkan berlakunya zalim dan ketidak adilan kepada kedua-dua pihak.

Sekiranya berlaku keuntungan, pihak pelanggan akan mendapat keuntungan hanya setakat % yang telah dijanjikan oleh pihak Bank di peringkat awalnya. Jumlah keuntungan yang lebih daripada % yang dijanjikan kepada pelanggan akan menjadi milik pihak Bank keseluruhannya. Dalam situasi ini, pihak Bank telah berlaku zalim ke atas pelanggan.

Sebaliknya, jika berlaku kerugian dalam perniagaan, pihak Bank masih lagi perlu membayar % yang telah dijanjikan kepada pelanggan. Situasi ini sudah tentunya akan mengakibatkan kezaliman pula berlaku ke atas pihak Bank. Ianya boleh juga dikenali sebagai ‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Hal ini adalah kerana pihak Bank yang sudah kerugian di dalam perniagaannya, masih lagi perlu menjelaskan % yang telah dijanjikan kepada pelanggannya.

Begitu juga halnya dalam produk pembiayaan yang ditawarkan oleh Perbankan Islam dan perbankan konvensional.

2) ‘Peace of mind’

Minda manusia sentiasa perlukan kepada kerehatan dan kesejahteraan. Justeru, sebarang perkara yang mengkucar-kacirkan minda, perlulah dielakkan.

Perbankan Islam menjanjikan ‘peace of mind’ kepada kita.

Sebagai contohnya ialah dalam produk pembiayaan yang ditawarkan oleh perbankan Islam. Untuk memudahkan ilustrasi, saya akan berikan contoh produk pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh mereka.

Kebanyakan produk pembiayaan perumahan yang ditawarkan adalah berkonsepkan jual beli. Justeru, harga yang perlu dijelaskan oleh pelanggan adalah tetap dan tidak berubah-ubah sepanjang tempoh pembiayaan kerana harga tersebut adalah harga jualan.

Berbeza dengan perbankan konvensional yang menggunakan kaedah pengiraan keuntungan yang berubah-ubah. Pelanggan tidak akan tahu berapakah jumlah keseluruhan yang akan dibayar olehnya sehingga akhir tempoh pembiayaan. Jumlah ini berkemungkinan boleh menjadi lebih tinggi dan tidak terhad sebagaimana yang pernah berlaku sewaktu tahun 1997-1998 di mana kadar asas pinjaman telah naik mendadak sehingga 12-14%. Bila hal ini berlaku, sudah tentu pelanggan yang hanya cukup makan tidak mampu untuk membayar hutangnya dengan pihak Bank konvensional.

Yang lebih teruk ialah apabila hutang yang tidak mampu dijelaskan ini akan dikenakan pula penalti yang bersifat ‘compounding’ yang mana ianya akan di’capitalize’ ke atas baki hutang pokok. Maka tidak peliklah sekiranya berlaku situasi ‘sampai mati pun hutang tak habis bayar lagi’.

…bersambung ke bahagian 2…

Pusat servis

Hampir kebanyakkan daripada kita mempunyai kenderaan sendiri. Bagi yang memiliki kenderaan, pastilah pusat servis kenderaan akan menjadi salah satu tempat yang wajib kita kunjungi bersama kenderaan kita.

Karisma 125cc merupakan motor pertama saya yang telah dibeli sewaktu belajar di universiti dulu, kira-kira 8 tahun lalu. Motor tersebut tidak pernah meragam sehinggalah baru-baru ini sewaktu hendak ke pejabat, motor tersebut didapati ‘semput’ dan mati secara tiba-tiba yang hampir-hampir menyebabkan saya terlewat ke pejabat.

Apakah sebabnya? Saya pun kurang pasti. Nak kata tak jaga, setiap 2000km saya akan tukar minyak hitam. Mungkin kerana dah terlalu tua agaknya. Lalu pada hujung minggunya, saya telah membawa motor ini ke bengkel. Pomen di bengkel telah membaiki apa yang patut. Saya lega. Motor pun nampaknya macam dah ok.

Namun selepas 4 hari, motor saya ‘semput’ semula. Throtle x blh dipulas banyak. Apa sudah jadi ni?

Begitu jugalah badan kita ni. Badan ini hanyalah sekadar ‘vehicle’ bagi roh kita. Sudah tentulah badan ini perlukan kepada ‘maintenance’ seperti mana ‘maintenance’ yang kita buat pada kenderaan kita. Semakin tua badan, semakin banyaklah maintenance yang perlu kita buat. Bukan sahaja setakat maintenance jasmani, tetapi juga yang lebih penting adalah maintenance rohani kita.

Selamat men’servis’ rohani dan jasmani anda!

DVD Siri Panduan Ibadah Haji

Musim Haji akan tiba tidak lama lagi. Sebagai persediaan bagi bakal jemaah haji, kini anda boleh mendapatkan DVD Siri Panduan Ibadah Haji terbitan Tabung Haji. DVD ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah untuk bakal jemaah haji.

Berikut adalah maklumat berkenaan DVD berkenaan:

Haji Ifrad | RM 50

Haji Qiran | RM 50

Haji Tamattu' | RM 50

Untuk tempahan, sila hubungi @ SMS 0196676720 (Azhari).

Mesej tersirat Yahudi dalam kartun

Agenda jahat Yahudi Illuminati dalam merosakkan pemikiran anak-anak kita ketika menonton rancangan kartun ‘Walt Disney’. Mesej tersirat seperti unsur sex, syaitan dll dimasukkan ke dalam kebanyakkan kartun secara tidak sedar. Mesej ini akan di’copy’ oleh minda separa sedar anak-anak kita.

Pls share with others.

Boleh lihat lebih banyak lagi dalam youtube search ‘satanic cartoon’.

Azhari

http://www.stormreaders.net/azhari_wahid

Lady Gaga – Agenda Jahat Yahudi


A
ssalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .



Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”



Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati – The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya – oleh Gaga si illuminatist tak guna .

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .
“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”

Maksud lirik ni pulak .A halo’ bermaksud ia dianggap “suci”(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .
S
elepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?



( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)


S
aya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai “Cross Of St.Peter”, untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..



Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .

“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”– Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don’t call my name ,Don’t call my name, Bye Fernando .
I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .



Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..


I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..



Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :


” Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus) “

Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah …

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .🙂

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya” (Al-Isra’ 17:36)

* diambil dari emel yang di’forward’kan seorang rakan.

sumber asal : vigilant citizen

Kad Kredit Islam…sambungan (Siri 2-perbezaan)

Pada siri 1, kita telah membincangkan berkenaan pengenalan kepada kad kredit Islam serta beberapa kontrak Syariah yang digunakan di dalam menstruktur produk ini.

Dalam siri 2 ini, kita akan mengetengahkan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pengguna khususnya orang Islam tentang perbezaan di antara kad kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam (slps ini baca kad kredit Islam) dan kad kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan konvensional (slps ini baca kad kredit).

Rata-rata, ramai yang masih tidak tahu berkaitan perbezaan kedua-dua produk yang ditawarkan. Bahkan tidak kurang juga masih ramai yang menganggap kedua-duanya sama dan tidak mempunyai perbezaan. Apa yang mereka pasti, kegunaan kedua-dua produk yang ditawarkan ini mempunyai fungsi dan kegunaan yang sama.

Hal ini adalah disebabkan oleh dua faktor sahaja iaitu kejahilan pengguna dan kelalaian kakitangan institusi perbankan Islam untuk menerangkan berkaitan perkara ini.

Kita tinggalkan faktor di atas dan terus kepada perbezaan kedua-dua produk di atas.

1) Kad kredit Islam bebas dari unsur riba

Perkara ini adalah perkara utama yang menyebabkan perbezaan di antara kad kredit Islam dan kad kredit konvensional. Malah, ianya adalah sebab yang paling besar mengapa perlunya wujud institusi perbankan Islam. Institusi perbankan Islam bukan sahaja bermatlamatkan mengaut keuntungan semata-mata, tetapi perlu memastikan bahawa sumber keuntungan tersebut bebas daripada unsur-unsur larangan dalam muamalat Islam seperti riba dan lain-lain lagi.

Bagaimana kad kredit Islam bebas dari unsur riba?

Kad kredit Islam bebas dari unsur riba kerana ianya distruktur dengan menggunakan kontrak-kontrak yang dibenarkan syara’ serta mempunyai terma-terma yang juga patuh syariah. Sebagai contoh kontrak yang digunakan ialah kontrak jual beli, kontrak upah dan lain-lain. Manakala kad kredit konvensional pula menggunakan kontrak Qard (pinjam) tetapi tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Islam berkaitan kontrak Qard. Di dalam Islam, syarat yang telah ditetapkan di dalam kontrak Qard ialah berapa banyak yang dipinjam, banyak itu sahajalah yang akan dibayar semula. Sebarang lebihan (yang dinyatakan di awal kontrak Qard) pada jumlah bayaran balik pinjaman adalah dikira sebagai riba.

Berbeza dengan kad kredit Islam yang menggunakan kontrak jual beli, lebihan bayaran adalah disebabkan oleh keuntungan yang ditetapkan di dalam kontrak jual beli tersebut. Riba juga boleh berlaku dalam jual beli sekiranya berlaku pertambahan bayaran terhadap jumlah harga jualan yang telah dikontrakkan.

Memang seolah-olah kedua-duanya kelihatan sama kerana end-result kedua-dua produk masih akan menghasilkan jumlah bayaran yang lebih dari amaun yang digunakan pelanggan, tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza. Inilah yang telah dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran bilamana orang-orang Yahudi menyatakan bahawa jual beli dan riba adalah sama. Tetapi Allah membalas pernyataan mereka ini yang bermaksud “Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.

Banyak contoh lain yang boleh diberikan di sini berkaitan perkara ini. Seperti juga perbuatan zina dan hubungan kelamin antara pasangan yang sudah berkahwin (secara sah mengikut Islam), makan daging ayam yang disembelih dan daging ayam yang tidak disembelih dan lain-lain contoh. Secara mata kasarnya, perkara yang dilakukan dan natijahnya adalah sama. Tetapi ia sebenarnya adalah berbeza. Beginilah cara Islam mendidik dan menjaga manusia selaras dengan maqasid (objektif) Syariah itu sendiri; iaitu untuk menjaga agama, menjaga diri, menjaga aqal, menjaga keturunan dan menjaga harta.

….bersambung lagi (untuk beberapa perbezaan yang lain)

Preview Buku Baru: Solusi Ke-22 (Doa: Mustajab atau Terhijab?)

Solusi 22 (Doa: Mustajab @ Terhijab?)

Alhamdulillah…Solusi Isu No 22 akhirnya telah berada di pasaran. Isu yang dipaparkan berkaitan doa; sesuai dengan ketibaan bulan berkat, bulan Ramadhan al-Mubarak.

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, keran tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.

Di antara waktu berdoa yang mustajab adalah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith Qudsi yang bermaksud ” Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, ‘Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya” – Riwayat al-Bukhari No 1094, Muslim No 1808, Abu Daud No 1317.

Antara cara Allah makbulkan doa telah dijelaskan baginda Rasulullah SAW di dalam hadith yang bermaksud “Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, samada dengan dikabulkan segera di dunia lagi, atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat, atau ditutupkan dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan. Maka sahabat berkata: ‘Ya Rasulullah,, bagaimana doa minta segera itu?’ Baginda berkata: ‘ Seseorang itu berdoa, aku berdoa Tuhanku, maka perkenanlah segera” – Sunan al-Tirmizi, No 3968, menurut Abu Isa hadis ini gharib.

Selain itu, doa juga boleh difahami sebagai suatu ‘statement of vision and mission’ yakni pernyataan visi dan misi kehidupan seseorang manusia tersebut. Apabila seseorang itu berdoa, dia sebenarnya telah pun menetapkan visi dan misi kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Wallahua’lam.

# Dipetik dan diolah daripada artikel Pahrol Mohamad Juoi (Solusi Isu No 22)

1)

ULAMA TIDAK TERPERANGKAP DENGAN POLITIK DHIRAR

By: TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Imran: 18)

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat berkumpul di Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) pada pagi ini. Kalungan tahniah saya rakamkan kepada urusetia program yang telah berjaya melaksanakan program ini. Tidak lupa saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana dijemput untuk hadir seterusnya menyampaikan ucapan perasmian pada pagi ini.

Saya difahamkan bahawa majlis hari ini diadakan khusus untuk menyampaikan anugerah kepada individu-individi yang telah banyak merencana aktiviti bermanfaat demi pembangunan persatuan dari semua aspek. Saya yakin bahawa individu yang terpilih untuk menerima anugerah pada hari ini telahpun membuktikan segala komitmen dan mencurahkan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi di dalam memastikan aktiviti persatuan berjalan dengan lancar ke arah akhirnya meraih keredhaan daripada Allah SWT.

Suka saya nyatakan bahawa pemberian anugerah bukanlah satu perkara yang asing di dalam Islam. Allah SWT telah memperkenalkan budaya pemberian anugerah di atas kemuliaan dan kecemerlangan serta ilmu yang dimiliki. Ini disebut di dalam al-Quran apabila Allah SWT memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam as di atas kelebihan ilmunya mengatasi para malaikat.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!” Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Allah berfirman: “Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.” Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu. Allah berfirman: “Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?” Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al-Baqarah: 31-34)

Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menceritakan bagaimana Nabi Adam AS telah diajar dengan pelbagai jenis ilmu oleh Allah SWT sebagai nikmat pertama yang diterima oleh manusia. Kemampuan untuk belajar dan mengajar ini merupakan keistimewaan yang hanya ada pada manusia dan tidak ada pada makhluk yang lain hatta para malaikat.

Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu untuk dikembangkan dengan lebih meluas. Berasaskan kepada kelebihan inilah, Nabi Adam AS telah menerima aanugerah daripada Allah SWT berupa perintahNya kepada para malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam.

Ini merupakan anugerah yang pertama yang diterima daripada Allah SWT kepada manusia bagi menunjukkan pengiktirafan terhadap kebolehan manusia menerima dan menyampaikan ilmu. Ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi juga menunjukkan pengisytiharan daripada Allah SWT bahawa penyaksian bahawa Dialah Tuhan yang layak disembah diakui olehNya sendiri, para malaikat serta orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan.

Ia menunjukkan ketinggian golongan yang diberikan ilmu oleh Allah SWT. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan, apa jua anugerah yang diterima pada hari ini bukanlah sesuatu yang hakiki. Semahal manapun anugerah yang diberikan, ia tidak dapat menandingi anugerah yang paling besar yang menanti di akhirat kelak iaitu syurga Allah SWT. Oleh yang demikian, belajarlah, bekerjalan dan berilah sumbangan bukan untuk anugerah yang diperolehi di dunia tetapi untuk anugerah yang dijanjikan di akhirat.

Jika ini berjaya diyakini oleh kita semua, Insya-allah, kita tidak kecewa jika tidak diberikan anugerah, tidak merajuk jika sumbangan tidak dihargai, tidak lari jika usaha kita dinafi. Bukankah kita sering membawa firman Allah SWT di dalam surah at-Tin, ayat 5-6:

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

Ilmu, kemahiran dan segala macam pemberian yang datang daripada Allah SWT tidak hadir secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh Allah SWT menuntut untuk diamalkan. Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan agar kita semua sentiasa meneguhkan niat untuk melakukan amal yang soleh sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Ilmu yang tinggi tanpa disertai dengan amalan yang soleh tidak akan bernilai di sisi Allah SWT.

Selain menjadi seroang yang soleh, kita juga dituntut menjadi seorang yang musleh. Soleh ertinya baik, musleh ertinya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Menjadi soleh barangkali tidaklah terlampau payah, tetapi menjadi seorang yang musleh bererti menempah kesukaran dan kepayahan di dalam hidup.

Saya menyatakan peringatan ini kerana saudara-saudari masih di alam pengajian, masih belum terserempak dengan onak ranjau yang merintangi perjuangan, masih belum terjumpa duri-duri tajam yang melukakan sepanjang perjalanan, masih belum bersua dengan binatang-binatang buas yang sentiasa menanti masa membaham mangsa.

Demi Allah yang merajai kerajaan Langit dan Bumi, telah terbukti di dalam lembaran sejarah, para ulama yang diberikan ilmu yang tinggi oleh Allah, akhirnya berpaling ke belakang menjadi duri dalam daging mengoyakkan helaian ilmu yang dimiliki dan menjual prinsip demi sedikit habuan. Ada juga golongan ulama yang kurang bijak dalam mengatur siasah, akhirnya tertipu dengan mainan politik murahan golongan sekular, lalu menjadi alat politik tanpa mereka sedari. Saya mengungkapkan pesanan ini agar saudara-saudari tidak terjerumus di dalam lembah yang penuh ranjau itu. Kerana sekali saudara-saudari terjebak ke dalam, sukar sekali untuk bangkit dan bangun kembali.

Sejarah telah menukilkan bahawa telah lahir golongan yang berada di barisan hadapan menentang Rasulullah SAW sedangkan merekalah yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah SWT. Justeru, al-Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah membahagikan ulama kepada ulama akhirat dan ulama dunia atau ulama su’. Golongan ulama su’ inilah yang menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

Pada zaman Rasulullah SAW, telah muncul ketua munafik seperti Abdullah bin Ubay, yang mengepalai golongan munafiqin merosakkan dakwah Rasulullah SAW sedangkan mereka tahu dengan sebenar-benarnya bahawa invididu yang mereka tentang ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Lalu lahirlah daripada silibus perjuanga munafiq ini projek-projek yang lahirnya nampak baik dan murni namun hakikatnya bertujuan untuk memusnahkan Islam.

Muncullah projek Masjid Dhirar yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk dimusnahkan. Walaupun namanya masjid, tetapi tujuannya untuk memecahbelahkan. Lalu menjadi tanggungjawab para ilmuwan sekalian untuk mengenal dengan pasti yang mana satukah projek masjid dhirar dan yang mana pula tidak. Ini penting agar para ilmuwan yang akan muncul sebagai golongan ulama tidak terperangkap dengan politik dhirar tanpa disedari.

Akhir kata, saya berharap supaya saudara-saudari sekalian dapat memanfaatkan masa dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT pada hari ini untuk menimba ilmu dan juga pengalaman sebanyak mungkin. Dunia hari ini tidak lagi menuntut lahirnya mahasiswa yang menggenggam segulung ijazah semata-mata, tetapi mahasiswa yang mampu berinteraksi dengan masyarakat.

Segulung ijazah hanyalah merupakan pengiktirafan akademik namun belum membuktikan saudara-saudari mampu menyumbang kepada masyarakat. Oleh yang demikian, bahagikanlah masa sebaik mungkin di antara tuntutan akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan mengasah kepimpinan dan kemahiran urus tadbir. Semoga segala usaha yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

“Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang,” cerita Naznah.

Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar.

Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad.

Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bachok berkata, baru dua hari lepas, allahyarham menerangkan struktur Perlembagaan PAS kepada tetamu luar PAS di JKR 10, Kota Bharu.

“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini.

“Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat.

“Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor.

Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.