Kelebihan dan keistimewaan Perbankan Islam – bahagian

Pengalaman mengendalikan Siri-Siri program latihan aplikasi Syariah dalam Perbankan Islam sering ditanya dengan kelebihan dan keistimewaan perbankan Islam.

Kelebihan dan keistimewaan ini boleh juga kita sebut sebagai perbezaan di antara perbankan Islam berbanding perbankan konvensional.

Perbankan Islam yang dimaksudkan di sini adalah daripada jenis full-fledge, subsidiaries dan juga Islamic windows.

Apa yang saya bincangkan di sini adalah daripada perspektif teori sahaja, dan tidak melibatkan perspektif aplikasi yang sebenar yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam yang ada ketika ini. Hal ini adalah kerana beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi oleh institusi perbankan Islam pada waktu ini.

Kelebihan-kelebihan tersebut adalah seperti berikut:-

1) Aspek keadilan.

Perbankan Islam berteraskan kepada aspek keadilan. Sebagai contoh yang paling mudah ialah di dalam produk-produk yang distruktur menggunakan kontrak al-mudarabah; baik produk deposit mahu pun produk pembiayaan. Kontrak al-mudarabah adalah kontrak perkongsian di mana pemodal akan menyumbang modal manakala pengusaha akan menyumbangkan tenaga dan kepakarannya.

Keuntungan daripada pelaburan yang dijalankan akan dikongsi di antara pemodal dan pelabur berdasarkan nisbah perkongsian yang dipersetujui. Sekiranya berlaku kerugian, ianya akan ditanggung oleh pemodal, manakala pengusaha akan menanggung kerugian atas usaha dan tenaganya.

Maka sekiranya keuntungan daripada pelaburan adalah tinggi, maka keseluruhan keuntungan tersebut akan sama-sama dirasai oleh kedua-dua pihak berdasarkan nisbah perkongsian yang dipersetujui. Begitu juga jika sedikit untungnya, maka sedikitlah untung yang akan diperolehi.

Berbeza dengan perbankan konvensional di mana pihak Bank telah awal-awal memaklumkan % tertentu yang akan dibayar kepada pelanggan yang mendepositkan wang dengannya. Situasi ini dalam kedua-dua keadaan sama ada rugi mahu pun untung akan menyebabkan berlakunya zalim dan ketidak adilan kepada kedua-dua pihak.

Sekiranya berlaku keuntungan, pihak pelanggan akan mendapat keuntungan hanya setakat % yang telah dijanjikan oleh pihak Bank di peringkat awalnya. Jumlah keuntungan yang lebih daripada % yang dijanjikan kepada pelanggan akan menjadi milik pihak Bank keseluruhannya. Dalam situasi ini, pihak Bank telah berlaku zalim ke atas pelanggan.

Sebaliknya, jika berlaku kerugian dalam perniagaan, pihak Bank masih lagi perlu membayar % yang telah dijanjikan kepada pelanggan. Situasi ini sudah tentunya akan mengakibatkan kezaliman pula berlaku ke atas pihak Bank. Ianya boleh juga dikenali sebagai ‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Hal ini adalah kerana pihak Bank yang sudah kerugian di dalam perniagaannya, masih lagi perlu menjelaskan % yang telah dijanjikan kepada pelanggannya.

Begitu juga halnya dalam produk pembiayaan yang ditawarkan oleh Perbankan Islam dan perbankan konvensional.

2) ‘Peace of mind’

Minda manusia sentiasa perlukan kepada kerehatan dan kesejahteraan. Justeru, sebarang perkara yang mengkucar-kacirkan minda, perlulah dielakkan.

Perbankan Islam menjanjikan ‘peace of mind’ kepada kita.

Sebagai contohnya ialah dalam produk pembiayaan yang ditawarkan oleh perbankan Islam. Untuk memudahkan ilustrasi, saya akan berikan contoh produk pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh mereka.

Kebanyakan produk pembiayaan perumahan yang ditawarkan adalah berkonsepkan jual beli. Justeru, harga yang perlu dijelaskan oleh pelanggan adalah tetap dan tidak berubah-ubah sepanjang tempoh pembiayaan kerana harga tersebut adalah harga jualan.

Berbeza dengan perbankan konvensional yang menggunakan kaedah pengiraan keuntungan yang berubah-ubah. Pelanggan tidak akan tahu berapakah jumlah keseluruhan yang akan dibayar olehnya sehingga akhir tempoh pembiayaan. Jumlah ini berkemungkinan boleh menjadi lebih tinggi dan tidak terhad sebagaimana yang pernah berlaku sewaktu tahun 1997-1998 di mana kadar asas pinjaman telah naik mendadak sehingga 12-14%. Bila hal ini berlaku, sudah tentu pelanggan yang hanya cukup makan tidak mampu untuk membayar hutangnya dengan pihak Bank konvensional.

Yang lebih teruk ialah apabila hutang yang tidak mampu dijelaskan ini akan dikenakan pula penalti yang bersifat ‘compounding’ yang mana ianya akan di’capitalize’ ke atas baki hutang pokok. Maka tidak peliklah sekiranya berlaku situasi ‘sampai mati pun hutang tak habis bayar lagi’.

…bersambung ke bahagian 2…

About kedai buku online
Menjual buku-buku agama, buku-buku motivasi dan juga novel berunsurkan Islam bagi tujuan 'Sampaikan dariku olehmu walau sepotong ayat'

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: